Kehidupan awal Richard_I_dari_England

Walaupun diputerakan di Istana Beaumont, Oxford, England, Raja Richard I dianggap sebagai seorang Perancis, seperti dengan kebanyakan Kerabat Diraja pada masa itu. Apabila bonda dan ayahanda baginda berpisah, baginda diletakkan di bawah jagaan Eleanor, dan tinggal di ducinya di Aquitaine pada tahun 1168, dan Poitiers pada tahun 1172. Sementara itu, kakanda tertuanya yang masih hidup, Henry si Raja yang Muda, dimahkotai sebagai pewaris ayahandanya. Richard dan adinda lelakinya belajar cara mempertahankan harta mereka sejak masa remaja lagi.

Selain daripada merupakan seorang yang berpelajaran dan yang boleh menggubah puisi dalam bahasa Perancis dan bahasa Occitan, Raja Richard I dikatakan merupakan seorang lelaki yang amat menarik; warna rambutnya antara merah dan perang muda, matanya berwarna muda, dengan kulit yang cerah. Baginda juga dikatakan mempunyai ketinggian yang lebih daripada sederhana tetapi oleh sebab tulangnya telah hilang sejak Revolusi Perancis, tingginya yang tepat tidak dapat diketahui. Berat badannya kelihatan berlebihan pada akhir hayatnya.

Raja Richard seronok dengan kegiatan tentera. Sejak masa kecil lagi, baginda kelihatan mempunyai setakat keupayaan politik dan ketenteraan, dan terkenal untuk kesateriaan dan keberaniannya. Tidak lama kemudian, baginda sudah menguasai orang-orang bangsawan yang tidak mudah dikawal di wilayahnya. Seperti dengan abang adiknya, Richard mempunyai rasa hormat yang terhad terhadap ayahandanya, dan tidak mempunyai pandangan jauh serta rasa tanggungjawab.